Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (3) telah dibuka dengan secara rasminya pada 6 Februari 2003 iaitu pada hari Khamis bersamaan dengan 4 Zulhijjah tahun 1425 Hijrah. Hanya murid tahun 2 hingga tahun 5 sahaja yang berdaftar pada hari tersebut iaitu seramai 120 orang murid. Kebanyakan murid tersebut dipindahkan daripada SK Taman Rinting (1), SK Taman Rinting (2) dan SK Taman Megah Ria.
SK Taman Rinting 3 merupakan sekolah yang ke-24 yang dibuka pada awal tahun 2003 dengan menelan belanja sebanyak 12 juta ringgit. En. Ramlee B. Mohamed merangkap Guru Penolong Kanan Pentadbiran merupakan penyelaras sekolah yang bertangungjawab dalam proses pembukaan sekolah ini. Beliau
Pemangku Pengarah dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu Tuan Hj Abd. Hamid B. Abu Hassan berkenan untuk merasmikan pembukaan SK Taman Rinting 3. Majlis pembukaan dihadiri sama oleh semua murid, para ibubapa, guru-guru termasuk semua guru besar dari sekolah yang berdekatan serta guru-guru SK Taman Rinting 3 seramai 11 orang.
No comments:
Post a Comment